Wednesday, June 29, 2011

Reket Tenis



Untuk bermain tenis sesorang memerlukan reket.Seseorang perlu mengetahui bahagian yang terdapat pada reket tenis.Lihat gambar diatas.

Bagaimana hendak menjadi pemain tenis profesional?

Setakat ini yang kita ketahui tiada lagi pemain tenis samada dari malaysia ,indonesia atau asean yang setanding dengan pemain tenis dunia seperti rafel nadal,roger fedrer dll.Adakah faktor tidak cukup kejurulatihan...atau fizikal orang asean yang kecil ....semua itu bukan faktor utama kalau dilihat dari sukan badminton rangking no 1 dunia terdiri dari orang asean begitu juga squash .Kemanakah sinar harapan untuk menjadikan pemain asean menjadi top 10 rangking dalam pemainan tenis.Fikirkanlah bersama bagi sesiapa yang rasa terpanggil untuk menjadi pemain tenis top rangking dunia....

Sunday, June 26, 2011

Teknik Pukulan Serve



Teknik pukulan stroke



lihat bagaimana roger fedrer buat pukulan stroke......
pastikan reket berada dibelakang menanti kedatangan bola tenis...
kemudian pukul bola sehingga 180 Darjah.....

Senarai 3 atlit tenis wanita paling kaya di dunia tahun 2011


1. MARIA SHARAPOVA
Usia: 23 tahun
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: AS$24.5 juta



2. SERENA WILLIAMS
Usia: 29 tahun
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: AS$20 juta



3. VENUS WILLIAMS
Usia: 30 tahun
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: AS$15.4 juta

Kerjaya Sukan Profesional memberi gelaran jutawan

Didalam Berita Harian terdapat 3 atlet wanita yang sekarang ni berkecimpung dalam permaian tenis menjadi Jutawan.

lihat sedutan sedikit artikel dari berita harian ini

DI SEBALIK gelaran nombor satu dalam dunia tenis yang sudah lama terlepas dari tangan Maria Sharapova, pemain tenis Russia itu masih menerajui senarai atlit wanita yang memperoleh pendapatan tertinggi 2010-2011.

Analisis Forbes Isnin lalu yang membabitkan penilaian hadiah kemenangan, tajaan, bayaran persembahan dan pameran bagi 10 atlit teratas ranking itu, didominasi pemain tenis, tiga pemain golf dan masing-masing seorang sukan permotoran dan sukan luncur ais.

Sharapova yang kini menduduki tangga ke-13 ranking dunia sejak kembali beraksi daripada kecederaan dan tanpa sebarang gelaran selepas kali terakhir menang di Strasbourg Mei tahun lalu, dilapor meraih pendapatan AS$24.5 juta (RM73.6 juta).

Di sebalik kemarau gelaran dan kemerosotan jumlah hadiah kemenangan, pemain 23 tahun yang bertunang dengan pemain bola keranjang Lakers, Sasha Vujacic itu menjana pendapatan tertinggi menerusi kontrak bersama Nike, termasuk kontrak lanjutan lapan tahun yang membabitkan nilai AS$70 juta (RM210 juta).

Mengekorinya di tangga kedua adalah bekas pemain nombor satu, Serena Williams yang menerima AS$20.2 juta (RM60.7 juta) tahun lalu dengan perolehan tertinggi daripada hadiah kemenangan hampir AS$20 juta (RM60.1 juta).

Pada masa sama, kakaknya, Venus - yang menduduki senarai ketiga dengan jumlah AS$15.4 juta (RM46.28 juta) - disenarai sebagai antara pemilik pasukan Miami
Dolphins yang turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan dua beradik itu.

Kalau nak jadi jutawan kejarlah kejaya sebagai pemain tenis profesional.....