Sunday, June 26, 2011

Kerjaya Sukan Profesional memberi gelaran jutawan

Didalam Berita Harian terdapat 3 atlet wanita yang sekarang ni berkecimpung dalam permaian tenis menjadi Jutawan.

lihat sedutan sedikit artikel dari berita harian ini

DI SEBALIK gelaran nombor satu dalam dunia tenis yang sudah lama terlepas dari tangan Maria Sharapova, pemain tenis Russia itu masih menerajui senarai atlit wanita yang memperoleh pendapatan tertinggi 2010-2011.

Analisis Forbes Isnin lalu yang membabitkan penilaian hadiah kemenangan, tajaan, bayaran persembahan dan pameran bagi 10 atlit teratas ranking itu, didominasi pemain tenis, tiga pemain golf dan masing-masing seorang sukan permotoran dan sukan luncur ais.

Sharapova yang kini menduduki tangga ke-13 ranking dunia sejak kembali beraksi daripada kecederaan dan tanpa sebarang gelaran selepas kali terakhir menang di Strasbourg Mei tahun lalu, dilapor meraih pendapatan AS$24.5 juta (RM73.6 juta).

Di sebalik kemarau gelaran dan kemerosotan jumlah hadiah kemenangan, pemain 23 tahun yang bertunang dengan pemain bola keranjang Lakers, Sasha Vujacic itu menjana pendapatan tertinggi menerusi kontrak bersama Nike, termasuk kontrak lanjutan lapan tahun yang membabitkan nilai AS$70 juta (RM210 juta).

Mengekorinya di tangga kedua adalah bekas pemain nombor satu, Serena Williams yang menerima AS$20.2 juta (RM60.7 juta) tahun lalu dengan perolehan tertinggi daripada hadiah kemenangan hampir AS$20 juta (RM60.1 juta).

Pada masa sama, kakaknya, Venus - yang menduduki senarai ketiga dengan jumlah AS$15.4 juta (RM46.28 juta) - disenarai sebagai antara pemilik pasukan Miami
Dolphins yang turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan dua beradik itu.

Kalau nak jadi jutawan kejarlah kejaya sebagai pemain tenis profesional.....

No comments:

Post a Comment