Friday, March 26, 2010

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN TENIS

Ada beberapa pendapat tentang asal usul tenis. Ada yang menyatakan ianya
berasal dari negara Perancis pada kurun ke 11 yang dikenali sebagai “jeu de paume”
yang bermakna “Main dengan tapak tangan.” Bola yang digunakan ialah kulit kambing
biri-biri yang digumpal dan bola mesti melepasi tali seperti jaring badminton. Ada
pula yang mengatakan ia berasal dari England pada kurun ke 19 dan dimainkan oleh
orang atasan yang dikenali sebagai ‘real tennis’ atau ‘Royal Tennis’.
Walau bagaimanapun Major WC Wingfield seorang pegawai tentera British
telah mengubahsuai dan mengasaskan permainan ini berdasarkan real tenis yang
dimainkan di gelanggang rumput, reket seperti reket badminton dan jaring setinggi
2.13m. Dari tarikh 1874 inilah tennis terus berkembang dan popular sehingga kini.

Antara perkembangan dan peristiwa penting tenis:
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
1877 – Kejohanan Tenis Wimbledon diadakan diatas gelanggang rumput.
1878 – Servis overhead diperkenalkan
1900 – Pertandingan Piala Davis (antara negara) diperkenalkan
1913 – Penubuhan International Lawn Tennis Federation
1926 – Kejohanan Pertama Tenis Profesional di Madison Square New York
1969 – Rekod perlawanan paling lama iaitu 5 jam 12 minit di antara
P.Gonzales dari Amerika dan C.Pasarell di dalam 112 game
1970 – Sistem kiraan ‘tie-break’ diperkenalkan untuk menghadkan
perlawanan berlarutan

No comments:

Post a Comment